Rafael Nadal menjulang gelaran Terbuka AS selepas menewaskan Anderson pada pusingan akhir semalam.

NEW YORK – Pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal muncul juara Tenis Terbuka Amerika Syarikat hari ini.

Kemenangan kali ini adalah kejuaraan Terbuka AS yang ketiga dalam karier dan juga gelaran Grand Slam ke-16 sebagai pemain tenis.

Pada perlawanan akhir, pemain kelahiran Sepanyol berusia 31 tahun itu menundukkan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson 6-3 6-3 6-4.

Anderson yang menduduki rangking ke-32 dunia gagal menyekat ketangkasan dan pengalaman jaguh dunia itu daripada menang pada aksi akhir Grand Slam ke-23 dalam kariernya.

“Dua miggu ini sangat istimewa untuk saya, tak dapat percaya dengan keajaiban setelah dilanda masalah kecederaan dan momentum perlawanan yang tidak menentu sejak beberapa tahun lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan, keluarga saya dan juga penyokong setia,” katanya.

Nadal beraksi dengan semangat juang tinggi walaupun menghampiri penghujung usia untuk muncul juara tenis di New York sekali lagi.

Nadal juga semakin menghampiri rekod kejuaraan 19 Grand Slam milik Roger federer.

Walaupun impian Anderson untuk muncul warga Afrika pertama menjuarai Terbuka AS tidak tercapai namun pemain itu menunjukkan semangat kesukanan dengan mengucapkan tahniah kepada Nadal.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Rafa. Saya tahu kami seusia tetapi dia sentiasa menjadi idola tenis selama ini.

“Memang sukar untuk menandinginya tetapi dia seorang duta sukan tenis yang terbaik.

“Ini (kekalahan) bukan keputusan yang saya inginkan, tetapi tidak mengapa, saya akan kembali semula,” kata Anderson. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast