Kebakaran yang memusnahkan Christchurch di New Zealand yang didakwa mencederakan 10 warga Malaysia dalam kejadian Ahad lalu.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan seramai 10 orang warga Malaysia terlibat dalam insiden kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand Ahad lalu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 8.30 malam waktu tempatan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, dua daripada mangsa kebakaran telah dikejarkan ke General Hospital Christchurch untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan kesemua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington meerusi alamat, 10 Washington Avenue, Brooklyn, P.O. Box 9422, Wellington 6141 New Zealand.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungai suruhanjaya menerusi talian +64-4- 385 2439 / +64-4- 801 5659 atau e-mel: [email protected].

Kementerian Luar juga melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dalam insiden ini. – MalaysiaGazette