Dr Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa perlu memandang serius kenyataan biadab aktivis liberal, Siti Kassim mengenai Islam baru-baru ini.

Siti Kasim dalam ucapan selamat hari rayanya mendakwa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari`pada Tuhan.

Sebaliknya, Siti Kassim yang sering mempertikai hukum Islam itu berkata, mimpi Nabi Ibrahim itu adalah bisikan syaitan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, Siti Kassim patut dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.

“Dia sudah kerap kali mempersoal dan mempertikai hukum hakam Islam. Tapi sehingga sekarang masih tiada tindakan.

“Macam yang baru ni, jelas dia menghina nabi. Tapi pihak berkuasa masih senyap. Tunggu apa lagi. Siti Kassim tu dah terlalu esktrem. Otak dia dah tak boleh cuci,” katanya lapor sebuah laman portal.

Siti Kassim dalam kenyataannya sebelum ini juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya daripada al-Quran.

Dr Kamarul berkata, beliau merayu agar pihak berkuasa lebih tegas dengan individu yang menghina Islam.

Menyentuh perihal Siti Kassim ini, beliau berkata, aktivis liberal itu seperti susah nak didakwa seperti ada sebab tertentu.

“Contohnya saya pernah bergaduh dengannya melalui laman facebook bila dia dakwa Tuhan itu adalah getaran.

“Saya juga berhujah dengan dia minta dia keluarkan rekod perkahwinannya di US.. Dia kata, dia akan mengambil tindakan undang- undang terhadap saya.

“Bangganya dia kata ‘who i am’. Ini seolah- olah dia ada connection dengan pihak tertentu. Jadi pihak berkuasa perlu siasat Siti Kasim dan ambil tindakan terhadap perlakuannya yang sangat liberal,” katanya seperti dilaporkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast