KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sedih dan dukacita dengan kematian para pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku pada awal pagi tadi.
“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor ingin menyampaikan ucapan takziah dan semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga mangsa yang terlibat,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini.
Dalam kejadian itu seramai 25 orang mangsa meninggal dua termasuk dua guru.
Kebakaran yang berlaku pada pukul 5.30 pagi itu dipercayai akibat litar pintas.
Bangunan pusat tahfiz yang terletak di Datuk Keramat itu menempatkan 36 orang pelajar dan enam orang guru.
Seramai 14 pelajar dan guru terselamat daripada kebakaran tersebut. – MalaysiaGazette