KUALA LUMPUR – Jenazah pertama mangsa korban insiden kebakaran Pusat Darul Quran Ittafiqiyah Datuk Keramat mula dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara, di Hospital Kuala Lumpur kira-kira 4.05 petang tadi.

Difahamkan, jenazah terbabit dibawa ke sebuah surau kakitangan Hospital Kuala Lumpur untuk disembahyangkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Kesemua 23 jenazah itu akan dibawa keluar untuk pengebumian secara berperingkat-peringkat selepas prpses pengecaman dan padanan DNA berjaya diselesaikan.

Ketika ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berada di Institut Perubatan Forensik Negara bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kedua-dua pemimpin itu juga difahamkan akan terus berada di situ sehingga pengurusan kesemua 23 jenazah diselesaikan.

Van jenazah yang membawa setiap mangsa pusat tahfiz berkenaan dibawa keluar dengan diiringi pasukan polis bermotosikal. – MalaysiaGazette.