Mohamed Azmin berkata adalah tidak perlu untuk memberi komen atau berbincang mengenai mana-mana individu yang telah meninggalkan parti.
“Orang datang dan pergi…yang penting perjuangan itu yang mesti dipertahankan. Yang tinggal itu mesti kena komited dengan perjuangan dan saya yakin perjuangan ini mesti diteruskan,” kata menteri besar Selangor itu ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua Kampung Tradisi Selangor di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden UMNO mengumumkan bahawa Muhammad, 72, kembali semula ke pangkuan UMNO selepas lima tahun meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS pada 2013 dan menyertai PKR, dua tahun kemudian.
Menurut bekas naib presiden UMNO itu, beliau merasakan perjuangannya bersama pembangkang khususnya PKR sejak kira-kira lima tahun lalu menjadi sia-sia berikutan ketidakpedulian pembangkang untuk memperjuangkan agenda Melayu.- BERNAMA
Comments are closed.