Home Dunia Pasangan lakukan seks atas jambatan diburu polis

Pasangan lakukan seks atas jambatan diburu polis

BANGKOK – Polis sedang memburu pasangan warga asing selepas dipercayai melakukan hubungan seks di atas jambatan kawasan pejalan kaki di daerah Wang Chan, Rayong pada Ahad lalu.

Leftenan Kolonel Prasong Pumhuayrod, Timbalan Komander Stesen Polis Wang Chan berkata, polis telah diarahkan mencari pasangan tersebut.

Jika pasangan itu ditemui, mereka boleh didakwa, katanya.

Arahan itu dikeluarkan selepas pengguna Facebook, Adisak Khawsa-ard menaikkan posting gambar pasangan yang sedang melakukan hubungan seks dalam hujan atas jambatan tersebut.

Adisak berkata, pasangan itu mungkin beranggapan jambatan itu tidak digunakan semasa hujan.

Lagipun, jambatan yang terletak di hadapan Sekolah Ban Pleng Ta Lam itu jarang digunakan pada hujung minggu.

Beliau mendakwa nampak pasangan itu bercumbu di perhentian bas sebelum naik ke atas jambatan tersebut.

Gambar tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. – MalaysiaGazette