Home Ekonomi Scomi tidak dibenar ambil tindakan undang-undang terhadap Prasarana

Scomi tidak dibenar ambil tindakan undang-undang terhadap Prasarana

KUALA LUMPUR – Scomi Engineering Berhad (Scomi Engineering) tidak dibenarkan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhubung pertikaian yang membabitkan penamatan kontrak bernilai RM499 juta.

“Tindakan itu, dilupuskan oleh timbang tara dan termasuk injunksi interim sementara menunggu pelupusan adalah tidak dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini dengan kos sebanyak RM20,000,” kata Scomi Engineering dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.

Tindakan undang-undang itu dimulakan oleh anak syarikat Scomi Engineering, Scomi Transit Projects Sendirian Berhad (Scomi Transit) pada 3 Jun lalu.

Dalam tindakan itu, Scomi Transit mahu menghalang Prasarana daripada melantik pihak baharu untuk menyelesaikan baki kerja di bawah kontrak, sementara pelupusan prosiding timbang tara antara kedua-dua pihak .

Kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja menaik taraf stesen dan sistem Monorel Kuala Lumpur serta penggantian tren dengan 12 gerabak baharu, yang mana enam daripadanya telah diserahkan. – MalaysiaGazette