Home Ekonomi Operasi Proton di Iran dibubar

Operasi Proton di Iran dibubar

KUALA LUMPUR – Proton Motor Pars Co (PMP), anak syarikat milik penuh tidak langsung Proton Holdings Berhad telah dibubarkan pada 18 September lalu.

DRB-Hicom Berhad yang merupakan syarikat induk Proton Holdings Berhad memaklumkan perkara itu kepada Bursa Malaysia.

PMP ditubuhkan di Iran pada tahun 2011 untuk terlibat dalam pemasangan kenderaan atau pembangunan kenderaan, aksesori dan alat ganti.

Syarikat itu dibubarkan tanpa memulakan sebarang operasi. – MalaysiaGazette