Home Nasional Pegawai JPJ tak mengaku salah pecah masuk bilik ketua pengarah

Pegawai JPJ tak mengaku salah pecah masuk bilik ketua pengarah

PUTRAJAYA – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan tidak mengaku bersalah Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memecah masuk pejabat ketua pengarah jabatan itu pada 13 Julai lalu.

Syed Abdul Rahman Perman, 35, dituduh memecah masuk pejabat Datuk Seri Nadzri Siron di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan di Precint 4, kira-kira pukul 1 pagi.

Jika disabitkan kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Ainna Sherina Saipulamin menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selepas peguam bela tertuduh S. Mogan merayu wang jaminan yang dikenakan pada awalnya sebanyak RM5,000 dan seorang penjamin.

Ini kerana, tertuduh dikatakan dalam proses perceraian dan tidak mendapat gaji sejak enam bulan lalu selepas beliau digantung kerja.

Mahkamah itu menetapkan 11 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.