Suasana di tapak pembinaan Projek Menara PNB118 di Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 OKTOBER 2016

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencatatkan pertumbuhan 5.2 peratus, lebih tinggi daripada KDNK negara iaitu 4.2 peratus pada 2016.

Jabatan Statistik berkata, sumbangan PKS kepada KDNK negara juga meningkat kepada 36.4 peratus berbanding 36.3 peratus pada tahun 2015.

“Pada 2016, kesemua sektor mencatatkan sumbangan lebih tinggi kepada nilai tambah PKS kecuali sektor pembinaan,” katanya.

Sektor pertanian meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada 50.7 peratus berbanding 2015 manakala sektor perkhidmatan berkembang kepada 40.2 peratus berbanding 39.9 peratus pada  tahun 2015.

Sumbangan didominasi oleh sub sektor kewangan, insurance, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.

Bagaimanapun, sumbangan sektor pembinaan menurun 47.2 peratus berbanding 47.5 peratus pada 2015.

Ini didorong oleh sumbangan rendah oleh semua sub-sektor terutama aktiviti pembinaan khusus.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast