Home Dunia Wanita terkaya di dunia meninggal

Wanita terkaya di dunia meninggal

PARIS – Pewaris syarikat L’Oreal, Liliane Bettencourt meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Keluarganya dalam kenyataan memberitahu, wanita itu meninggal dunia di rumahnya.

Dengan anggaran bernilai aset bernilai 33 bilion euro (£30 bilion; AS$40 bilion) pada tahun 2017, Liliane Bettencourt, adalah wanita terkaya di dunia.

Beliau meletakan jawatan dalam syarikat tersebut pada tahun 2012 dan jarang dilihat di khalayak ramai selepas itu.

Bagaimanapun, kisah Liliane sentiasa diburu media selepas beliau disahkan mengalami dementia (masalah daya ingatan). – MalaysiaGazette