Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas menyeru kebangkitan rakyat bersama gelombang hijau yang dibawa parti itu untuk kembali mempertahankan Islam dan menyelamatkan negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas menggunakan pendekatan menyatukan kepelbagaian kaum berkonsepkan masyarakat madani dengan menghormati hak Islam untuk diamalkan.

“Konsep ini turut memberi jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam, selain menentang sikap cauvinis dan perkauman sempit yang diamalkan parti tertentu,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Pas di seluruh negara hadir pada Fastaqim 2.0 anjuran parti itu di Pantai Tok Jembal, Terengganu mulai Jumaat ini.

Katanya, kehadiran mereka sebagai menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam serta keazaman untuk menyelamatkan negara.

“Semoga segala pengorbanan untuk perjuangan Islam dan usaha bagi memastikan kemenangannya diberi ganjaran setimpal di sisi Allah.

“Saya mendoakan peserta semua selamat dalam perjalanan dan memandu berhati-hati  di jalan raya dengan penuh berhemah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast