KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikecam netizen gara-gara mempertikaikan menu tauge dan ikan sardin kepada mangsa banjir di Perlis.

Status Azizah Abdullah dalam grup facebook Saya Anak Perlis menggambarkan seolah-olah betapa teruk layanan agensi kerajaan kepada mangsa banjir.

“Ini adalah makanan untuk mangsa banjir, taugeh dan sardin untuk hari ini,#sedih sangat. Apa reaksi anda?” tulisnya dalam media sosial.

Cubaan meraih kemarahan itu akhir menyebabkan wanita tersebut dikecam memandangkan dalam situasi bencana alam tidak wajar isu menu dijadikan kritikan.

“Aduhai kak oii..dalam keadaan darurat pun sempat kecam difb ya? Ingatkan dah mengigil kesejukan sambil bertasbih ingat tuhan” tulis admin facebook frup Informasi Malaysia.

Malah jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga menafikan dakwaan itu.

Pengarahnya, Mohammad Hazam Ismail berkata, pihaknya tidak menyajikan menu makan tengah hari nasi lauk sardin dan tauge untuk mangsa banjir sebaliknya itu adalah hidangan tambahan selepas menu asal gulai ‘ikan ketul’ tidak mencukupi.

Dalam kejadian semalam di pusat pemindahan sementara  Sekolah Kebangsaan Bintong, Kangar itu sebenarnya adalah kes terpencil.

Menurutnya, pihaknya menyediakan 2,500 pek makanan untuk mangsa banjir di negeri ini namun pada hari kejadian makanan itu tidak mencukupi dan kerana kesuntukan masa pihaknya membeli sardin untuk dihidangkan kepada mangsa banjir.

“€œHanya 20 peratus mangsa banjir sahaja yang menerima lauk sardin manakala 80 peratus makan mengikut menu asal disediakan iaitu gulai ‘ikan ketul’.

“€œMalah sebelah malamnya mangsa banjir menikmati lauk ayam. Kami sudah cuba memberi yang terbaik kepada mangsa banjir ini yang ditimpa musibah,” katanya dipetik daripada Metro Online hari ini.

Mohammad Hazam berkata, tindakan wanita terbabit memuat naik ke laman media sosial sehingga tular juga tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sendiri ada melihat luahannya dan komen orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya.

“Apabila dia memuat naik komen seperti itu ia hanya bukan dapat dibaca di Perlis tetapi merata tempat dan saya sendiri sedih apabila orang ramai menghentamnya semula,” katanya.

Beliau berkata, pada hari pertama banjir, pihaknya mula-mula menghidangkan menu mi goreng untuk sarapan namun Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta mengubah menu itu dan hari seterusnya semua mangsa banjir menikmati hidangan nasi lemak setiap pagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. sebab dia tak dapat ikan ketul tu lah dia komplin ,dia rasa tak adil lah tu . mungkin dia tak minat sardin .

Comments are closed.