Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

KAJANG – Kes bekas banduan kembali semula ke penjara di tidak sampai satu peratus daripada jumlah kesemua banduan di negara ini.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, peningkatan kecil itu menunjukkan ia masih berada di tahap yang tidak kritikal.

“Kes berulang masuk penjara adalah 0.4 peratus sahaja dimana 17,505 adalah dalam program parol. Mereka ini masuk kembali penjara kerana melakukan kembali jenayah.

“Pusat pemulihan masyarakat juga 0.4 peratus juga. (Perincian) daripada tahun 2008 hingga tahun 2017,” katanya.

Zulkifli ditemui media selepas program majlis lafaz dan sesi tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Kelab Penjara Kajang di sini petang tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Nasir Kujat serta Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Setakat ini, sejumlah 59,000 banduan dicatatkan berada di semua penjara di negara ini.

Tambah Zulkifli, pencapaian transisi pemulihan banduan kini mencapai tahap 93.24 peratus berbanding sasaran awal KDN sebanyak 95 peratus.

“Pesalah jenayah berat kita letak di penjara berasingan dan jenayah tidak berat akan ditempatkan di tempat berasingan supaya program pemulihan ini tidak berulang.

“Kementerian tidak akan menambah jumlah penjara kerana tidak ada keperluan dan kita lebih kepada program pemulihan di luar tembok penjara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast