Othman Mustapha

KUALA LUMPUR – Jadual bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Okt ini.

“Ini kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA