KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, dekat Sitiawan sebagai kes bunuh.

Berikutan itu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Hasi bedah siasat ke atas mayat kedua-dua anggota itu didapati kematian mereka berpunca daripada pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat yang dibedah siasat pada pukul 3.30 petang hingga 7 malam dan didapati punca kematian akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Manakala Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri yang dibedah siasat pada pukul 9 malam hingga 11.30 malam mengalami pendarahan paru-paru serta trauma pada tisu lembut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee dalam kenyataannya berkata, polis telah merakam percakapan lapan tahanan yang berada di lokasi kejadian dan 11 pengawal bilik tahanan tersebut yang bertugas pada hari kejadian.

“Siasatan awal daripada bedah siasat mendapati dua anggota TLDM ada berlakunya kes penderaaan yang mendatangkan kecederaan,” katanya.

Malah, rampasan dilakukan terhadap kamera litar tertutup, tujuh cotar, buku log bertugas dan buku log standard prosedur, juga beberapa telefon bimbit untuk siasatan.

Susulan hasil bedah siasatan itu, Gan berkata, tiga lelaki ditangkap, masing-masing berusia 29, 37 dan 44 tahun.

Mereka dijangka direman di Mahkamah Seri Manjung hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast