MANCHESTER – Manchester United kini mendapat jolokan baharu oleh netizen di Twitter selepas kemenangan besar 4 -0 ke atas Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.
Anak buah Jose Mourinho kini dikenali sebagai 4-0 FC kemenangan keempat mereka dengan jumlah sama pada aksi EPL musim ini.
United juga menjaringkan empat gol ketika aksi Piala Liga dan Liga Juara-Juara masing-masing menundukkan Burton dan CSKA Moscow 4-1, minggu lalu
Mourinho mengambil alih United musim lalu dan menunjukkan beberapa peningkatan ketara walaupun sekadar membantu pasukan menduduki tangga enam teratas liga.
Kehadiran Romelu Lukaku mencetuskan kebangkitan apabila dia kini menyamai rekod legenda Andrew Cole dengan menjaringkan gol ketujuhnya dalam tujuh aksi penting setakat ini. – MalaysiaGazette