TOKYO – Harga minyak jatuh pada Isnin selepas mencatatkan keuntungan sehingga 20 peratus semasa suku ketiga.

Ini disebabkan oleh sedikit peningkatan dalam pengeluaran minyak mentah oleh OPEC pada bulan September.

Minyak mentah Amerika Syarikat jatuh 13 sen atau 0.3 peratus kepada AS$51.54 setong.

Manakala penanda aras global Brent bagi penghantara Disember jatuh 22 peratus atau 0.4 peratus kepada AS$56.57 setong.

Pengeluaran minyak mentah daripada OPEC meningkat bulan lepas kepada 50,000 tong sehari, demikian menurut kaji selidik Reuters.

Eksport Iraq meningkat dengan pengeluaran lebih tinggi daripada Libya, salah satu ahli OPEC yang terkecuali daripada penjanjian bagi mengurangkan pengeluaran dan menyokong harga.- MalaysiaGazette