Wong Weng Son.

KUALA LUMPUR – Atlet wushu negara,  Wong Weng Son kini bergelar juara wushu dunia selepas meraih pingat emas dalam acara jianshu (pedang) lelaki di Kejohanan Wushu Dunia di Kazan, Rusia hari ini.

Weng Son mengumpul 9.64 mata.

Dia menewaskan pencabarnya Lee Ha Sung dari Korea Selatan yang memenangi perak dengan 9.60 mata.

Seorang lagi wakil negara, Yeap Wai Kin pula menduduki tempat ketiga dengan 9.53 mata.

Kejayaan itu cukup bermakna buat Weng Son apabila beliau sekadar meraih pingat perak dalam acara jianshu dan qiangsu (lembing) pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast