Seorang tukang gunting ditahan semalam, selepas dipercayai merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah kedai di sini.
Gambar fail

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan reman seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan bagi membantu siasatan dipercayai merogol seorang atlet negara.

Datuk Amar Singh Ishar Singh

Jurulatih tersebut difahamkan berasal dari China ditahan di Sri Petaling di sini semalam oleh polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu suspek berusia 35 tahun itu mempunyai status penduduk tetap (PR).

Penahanan suspek dilakukan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada Ahad lalu dan suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

“Mangsa membuat laporan pada 1 Oktober 2017 lalu kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

“Hasil daripada laporan tersebut sepasukan polis telah melakukan tangkapan pada 2 Oktober 2017 ke atas seorang lelaki Cina, berumur 35 tahun yang juga merupakan seorang jurulatih,” kata Amar dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol itu dikatakan berlaku sekitar September lalu namun identiti mangsa tidak akan didedahkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman mulai 3 hingga 7 Oktober 2017. – MalaysiaGazette