Home Ekonomi iPhone 8 dijual mulai 20 Okt ini

iPhone 8 dijual mulai 20 Okt ini

KUALA LUMPUR – Model terkini iPhone 8 dan 8 Plus dijangka berada di pasaran Malaysia 20 Oktober ini, menurut Apple melalui laman sesawang.

Bagaimanapun harga jualan tidak dinyatakan.

iPhone 8 dan 8 Plus berbeza dengan generasi sebelum ini kerana reka bentuknya adalah dari lapisan kaca di depan dan belakangnya.

Kerangkanya menggunakan aluminium siri 7000 yang lebih tahan lasak.

Apple iPhone 8 ditawarkan dengan skrin 4.7-inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 8 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci dan resolusi 1080 x 1920 pixels.

Kedua dua peranti ini juga menyokong 3D Touch, Cinema Wide Color Gamut, True Tone dan fungsi kalis air dan debu (IP68).

Untuk pilihan warna, iPhone 8 dan 8 Plus ditawarkan dengan warna emas, kelabu dan space gray – MalaysiaGazette