Home Ekonomi Air Berlin bankrap buang 1,400 kakitangan

Air Berlin bankrap buang 1,400 kakitangan

BERLIN – Kira-kira 1,400 pekerja Air Berlin akan dikurangkan, sebahagiannya pada awal bulan ini.

Pengurangan yang dibuat oleh syarikat penerbangan yang bankrap itu membabitkan kakitangan darat dan pentadbiran yang kontraknya dapat berakhir menjelang akhir bulan atau pada bulan Februari 2018.

Menurut dokumen kesatuan sekerja, Air Berlin juga akan berhenti beroperasi dan hanya anak syarikatnya, Niki yang terus terbang.

Syarikat penerbangan Jerman itu mencetuskan prosiding kebangkrapan pada bulan Ogos lalu selepas kerugian tunai daripada pemegang saham terbesarnya, Etihad Airways.

Lufthansa kini adalah pembida utama bagi aset-aset Air Berlin termasuk slot pendaratan dan pelepasan di lapangan-lapangan Jerman.

Ia juga sudah mempunyai pilihan untuk membeli dan memegang beberapa 20 buah pesawat Air Berlin yang akan dipajakkan kepada anak syarikat penerbangan tambang murahnya, Eurowings dalam beberapa bulan.

Lufthansa berkata, ia merancang untuk mengambil lebih 3,000 orang kakitangan bagi peluasan Eurowings dan berminat untuk mengambil kakitangan Air Berlin.

Air Berlin mempunyai 8,600 orang kakitangan termasuk pekerja sambilan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Air Berlin, Thomas Winkelmann berkata, 80 peratus kakitangan yang akan diberhentikan boleh mendapatkan pekerjaan dari Lufthansa dan Easy Jet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast