LONDON – Seramai 11 orang cedera apabila sebuah kereta rempuh kawasan pejalan kaki lalu melanggar orang ramai berhampiran Muzium Sejarah Alam, London.
Pemandu kereta itu kemudian ditahan.
Polis menolak kejadian itu dengan serangan pengganas.
Orang ramai yang panik dengan kejadian itu dilaporkan menjerit sambil melarikan diri apabila kereta itu melencong ke melencong masuk ke laluan tersebut.
“Insiden ini masih disiasat dan ia tidak ada berkaitan dengan pengganas,” kata polis metropolitan London.
Pemandu lelaki itu antara sembilan orang yang dibawa ke hospital manakala dua lagi dirawat di tempat kejadian.
Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan majoritinya dibenarkan pulang.
Suspek yang dianggarkan berusia 40 tahun dibawa ke balai polis untuk disoal siasat kerana memandu secara berbahaya.
Pada masa sama, polis bersenjata ditempatkan di kawasan kejadian termasuk di Muzium Sains dan Muzium Victoria & Albert memandangkan ia adalah lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan. – MalaysiaGazette