Home Nasional 2 mangsa kayak terbalik ditemui

2 mangsa kayak terbalik ditemui

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang hilang selepas kayak yang dinaiki terbalik di Perairan Tanjung Tuan petang semalam, selamat ditemui pagi ini.

Hew Yoong Loong, 61, dan Leow Shak Kwan, 54, diselamatkan oleh anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) pada pukul 9.45 pagi tadi.

Maritim dalam kenyataan berkata, dua lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Maritim melancarkan operasi mencari dan menyelamat lewat petang semalam selepas mendapat laporan kehilangan tiga orang yang jatuh laut ketika berkayak.

Selepas 45 minit melancarkan gerakan, Maritim berjaya menyelamatkan seorang wanita, Foo Siew Wang, 54 di Pantai Lagun Biru. – MalaysiaGazette