Tangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai menyepak seorang kanak-kanak perempuan.

KOTA BHARU – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan terkenal di Telipot, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.24 malam tadi berhubung video itu yang tular di aplikasi Threads.

“Video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.

“Polis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here