Home Ekonomi AirAsia tawar RM199 ke Jeju

AirAsia tawar RM199 ke Jeju

KUALA LUMPUR – AirAsia X melancarkan destinasi ke Jeju, Korea Selatan sebagai laluan terbaharu menerusi penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur.

Sempena pelancaran itu, AirAsia X menawarkan tambang promosi dari RM199 sehala.

Promosi istimewa tambang termasuk semua bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk premium flatbed ini mulai 10 sehingga 15 Oktober 2017 ini.

Tawaran tambang itu bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018 untuk tempahan di airasia.com. – MalaysiaGazette