Home Nasional Mohd Gazali dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

Mohd Gazali dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR – Dr. Mohd Gazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Adenan Abdul Rahman yang bersara pada 5 Oktober lalu.

Mohd Gazali berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Pembangunan Luar Bandar dari Universiti Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengajian Kewangan di Universiti Nottingham, United Kingdom.

Beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Informasi dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun.

Mohd Gazali telah lebih 31 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam ketika menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. – MalaysiaGazette