Home Dunia Tokyo kekurangan penginapan sementara bencana

Tokyo kekurangan penginapan sementara bencana

Orang ramai berada dalam bangunan semasa gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011. foto Agensi

TOKYO – Sekiranya berlaku gempa bumi di bandar raya Jepun ini, hanya satu pertiga orang sahaja dijangka mendapat kemudahan penginapan sementara.

Kajian yang dijalankan kerajaan tempatan mendapati kemudahan-kemudahan sementara yang ada di bandar Tokyo hanya mampu menempatkan 320,000 orang berbanding 920,000 yang mungkin terperangkap jika berlaku gempa bumi yang kuat.

Sehubungan itu, kerjasama daripada sektor perniagaan swasta diharapkan bagi membantu menangani masalah tersebut,

Kerajaan bandar raya itu mensasarkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut bagi keperluan 600,000 orang menjelang tahun fiskal 2020.

Sasaran itu bergantung kepada kerjasama sektor perniagaan swasta, menurut kajian itu.

Seramai 3.52 juta orang penduduk Tokyo mengalami kesukaran untuk pulang ke rumah semasa kejadian gempa pada tahun 2011, menurut anggaran oleh Pejabat Kabinet.

Akibatnya orang ramai dilihat berada di sekitar stesen kereta api di pusat Tokyo dan kawasan lain.

Kajian itu berkata, sekiranya gempa berlaku di Tokyo, bilangan orang yang akan menghadapi halangan yang pulang ke rumah dijangka menjadi kira-kira 5.17 juta, atau 1.5 kali lebih tinggi daripada bilangan pada tahun 2011.

Daripada bilangan itu, seramai 920,000 orang dijangka tidak dapat pulang ke rumah atau mendapat perlindungan di tempat kerja atau sekolah.

Mereka ini mungkin akan berkumpul di jalan-jalan, sekali gus menjejaskan operasi penyelamat dan menyukarkan pengangkutan kecemasan.

Setakat 1 Julai tahun ini, hanya 328,378 orang mendapat kemudahan di 918 pusat kemudahan – jauh daripada sasaran.

“Enam tahun sudah berlalu sejak gempa bumi Tohuku, jadi fokus untuk menangani masalah ini semakin kurang,” kata Bahagian Bencana Kerajaan. – MalaysiaGazette