Home Utama Jurulatih rogol atlet renang didakwa esok

Jurulatih rogol atlet renang didakwa esok

KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan ditahan kerana dipercayai merogol seorang atlet akan didakwa esok.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan di sini.

Jurulatih berusia 35 tahun, berasal dari China dan kini berstatus penduduk tetap (PR) itu ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, pada 2 Oktober lalu.

Suspek yang juga bekas atlet Olimpik sudah berada di negara ini sejak lebih lima tahun lalu.

Dia akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Suspek ditahan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis, pada 1 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast