Home Nasional TLDM: Mahkamah benar polis tukar perintah reman

TLDM: Mahkamah benar polis tukar perintah reman

MANJUNG – Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini mengeluarkan perintah baharu reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu, pada 29 September.

Tahanan reman dua anggota terbabit sebelum ini, yang berakhir semalam, dikeluarkan mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan melakukan ugutan jenayah.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenarkan penukaran perintah reman itu terhadap dua anggota TLDM berkenaan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun.

Pada 29 September lepas, dua anggota TLDM , Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dua dipercayai akibat didera semasa menjalani tahanan di di Bilik Tahanan Sungai Wangi, Sitiawan.

 Laporan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati terdapat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast