Kesemua lorong tambah nilai ditutup bertujuan melancarkan pergerakan kenderaan sempena Hari Raya AIdilfitri. foto hiasan

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena perayaan Deepavali.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata diskaun tol itu akan bermula dari 6 pagi 18 Okt hingga 6 pagi 19 Okt untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

“Tawaran diskaun ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung pengguna lebuh raya, terutamanya bagi yang merayakan Deepavali,” katanya.

Lebih 300,000 pengguna lebuh raya PROLINTAS dijangka bakal menikmati faedah itu, kata beliau.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast