Home Dunia Pelan perang milik AS, Korea Selatan dicuri

Pelan perang milik AS, Korea Selatan dicuri

Kim Jong-un memeriksa bom nuklear yang sedang dibangunkan oleh Korea Utara. foto Reuters

SEOUL – Penggodam dari Korea Utara didakwa telah mencuri sejumlah besar dokumen ketenteraan Korea Selatan, termasuk rancangan untuk membunuh Kim Jong-un.

Rhee Cheol-hee, seorang Ahli Parlimen Korea Selatan berkata, maklumat itu adalah dari kementerian pertahanan negara.

Beliau berkata sejumlah 235 gigabait dokumen ketenteraan telah dicuri dari Pusat Data Bersepadu Pertahanan dan 80 peratus daripadanya belum dikenalpasti.

Dokumen-dokumen yang dicuri termasuk pelan kontingensi perang yang disediakan oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Ia turut membabitkan komander kanan sekutu-sekutunya.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan setakat ini enggan mengulas dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast