Othman Mustapha

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut Othman, beliau akan memohon perkenan mengadap secepat mungkin bagi membincangkan hal berkaitan isu pegawai kader Jakim di Penjara Kajang, Zamihan Mat Zain yang menyampaikan ceramah menyentuh mengenai dobi mesra muslim seperti ditular di media sosial.

“Jakim amat menyanjung tinggi atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim berkaitan dengan Jakim pada hari ini,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, malam ini.

Hari ini, Sultan Ibrahim menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) agar tidak perlu lagi membuang masa berurusan dengan Jakim

Jakim juga, titah Sultan Ibrahim, tidak lagi perlu memberi pandangan kepada negeri Johor.

Ini berikutan ceramah Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mengkritik Sultan Ibrahim dalam satu ceramah di Shah Alam, Ahad lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast