KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mesti bertanggungjawab keatas segala tuduhan dan penyeksaan mangsa dalam Operasi Lalang.

Penahanan selama 60 hari itu menyebabkan penyeksaan mental kepada mereka yang terlibat, kata Penasihat SUARAM, Dr. Kua Kia Soong.

Beliau mendakwa ada tahanan yang diseksa secara fizikal oleh anggota Cawangan Khas PDRM seperti terkandung dalam afidavit habeas corpus Yeshua Jamaluddin pada tahun 1988.

Malangnya, menurut Kia Soong, Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri ketika itu perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.

“Sekiranya ada ahli PH sekarang berpendapat Mahathir tidak bertanggungjawab ke atas Operasi Lalang pada tahun 1987 mereka sepatutnya meninggalkan PH,” kata Kia Soong.

Semalam, SUARAM bersama beberapa lagi NGO akan mengadakan forum mengenai Operasi Lalang dan menjemput Mahathir bersama-sama.- MalaysiaGazette

Pameran Ops Lalang kenang ‘kekejaman’ Tun M

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast