KUALA LUMPUR – Fasa pertama projek kediaman Elmina Green yang dilancarkan minggu lalu telah terjual sebanyak 70 peratus atau 131 buah.

Sime Darby Property menawarkan 187 unit bagi projek tersebut.

Fasa pertama Elmina Green merupakan projek kediaman rumah teres dua tingkat dengan bukaan binaan 2,001 kaki persegi dan ke atas.

Ia adalah kediaman yang menawarkan pelan lantai terbuka dengan menggabung ruang tamu, ruang makan dan dapur bagi mengoptimumkan keluasan.

Pengurus Besar Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, sambutan baik bagi Elmina Green itu mengulangi kejayaan fasa keempat Elmina Valley, yang juga produk bagi City of Elmina.

Elmina Green adalah kediaman pegangan bebas berharga dari RM683,888, tidak termasuk potongan untuk Bumiputera sebanyak 7 peratus.

Kediaman itu dijangka siap pada Oktober 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast