Suasana di tapak binaan di mana berlakunya kejadian tanah runtuh menyebabkan 11 buruh binaan tertimbus.

PULAU PINANG – Lebih 15  pekerja di tapak binaan sebuah projek di Tanjung Bungah di sini dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit sebelum ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 10 meter.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, setakat ini dua mangsa sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast