SINGAPURA, 25 Jan -- Pemain penyerang Malaysia, Faizal Saari dianugerahkan sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak setelah Malaysia muncul juara dan tewaskan Poland pada perlawanan akhir saingan pusingan kedua Hoki Liga Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di sini, malam ini. Malaysia menewaskan Poland 8-0. Kejohanan selama sembilan hari bermula 17 sehingga 25 Januari melibatkan lapan negara Malaysia, Jepun, Bangladesh, Poland, Mexico, Oman, Ukraine dan Singapura. ?--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA SINGAPORE, Jan 25 -- Malaysian striker, Faizal Saari was presented with the best player award and the top scorer after Malaysia defeated Poland in the final of the 2015 World League Second Round, at the Sengkang Hockey Stadium here today. Malaysia won 8-0 against Poland. The nine-day tournament from Jan 17-25 involved eight countries including Malaysia, Japan, Bangladesh, Poland, Mexico, Oman, Ukraine and Singapore. --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED
KUALA LUMPUR – Malaysia melakar sejarah mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 setelah mengikat juara bertahan, Korea Selatan 1-1, pada aksi terakhir saingan kumpulan ‘Super Fours’ di Stadium Kebangsaan Maulana Bhashani di Dhaka, lewat malam tadi.

Sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1982 di Karachi, Pakistan, skuad bimbingan Stephen van Huzien buat pertama kali melangkah ke pentas final selepas menghuni tangga kedua dalam kumpulan ‘Super Fours’.

Malaysia akan cuba menebus kekalahan apabila menentang India pada final esok.

Sebelum itu, India menempa slot final dengan muncul juara kumpulan ‘Super Fours’ apabila membenam Pakistan 4-0 pada saingan peringkat kumpulan.

India mengumpul tujuh mata selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri manakala Malaysia mengutip empat mata dengan satu kemenangan, satu seri dan kalah sekali.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Rabu lepas, Malaysia kalah 6-2 kepada India.

Pada perlawanan menentang Korea Selatan, penyerang prolifik, Faizal Saari muncul wira negara selepas dengan tenang menyudahkan pukulan sudut penalti, pada minit ke-59, seminit sebelum siren penamat dibunyikan, untuk menyamakan kedudukan, sekali gus memberi satu mata berharga untuk melangkah ke final.

Bagaimanapun, Korea Selatan, yang memburu tiket Piala Dunia 2018, membuka tirai jaringan pada minit ke-24 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Yang Jihun.

Korea Selatan terpaksa melupakan hasrat ke Piala Dunia 2018 di India apabila hanya mampu memburu tempat ketiga kejohanan dengan menentang Pakistan esok.

Hanya juara kejohanan benua ini akan layak ke Piala Dunia 2018.

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan ini ialah tempat ketiga pada edisi 2007 di Chennai, India. – BERNAMA