Dr. Hilmi Yahaya

GEORGE TOWN – Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini, adalah bukti kedegilan kerajaan DAP Pulau Pinang yang enggan mendengar keluh kesah rakyat berhubung pembangunan tanah tidak terkawal terutamanya di lereng bukit.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata musibah itu dapat dielakkan sekiranya kerajaan negeri mendengar bantahan rakyat yang berulang kali menyuarakan agar projek di kawasan berkenaan dihentikan.

“Adun DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu sendiri membantah, namun kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tidak mempedulikannya. Sikap sebegini tidak menghairankan kerana Lim sendiri lebih suka memburukkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri terdahulu dalam segala hal berbanding menyelesaikan masalah dihadapinya.

“Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat. Malang bagi kita di Pulau Pinang dapat kerajaan negeri sebegini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan kejadian tanah runtuh itu sebagai yang terburuk dalam sejarah tanah runtuh di Pulau Pinang.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast