TEXAS – Misteri kehilangan kanak-kanak, Sherin Mathews, 3, terjawab apabila mayat kanak-kanak itu ditemui berhampiran rumahnya.

Terdahulu Sherin dilaporkan hilang oleh bapa angkatnya, Wesley Mathews, 37, setelah dia didenda berdiri di luar rumah berdekatan pokok di rumah mereka di Dallas 7 Oktober lalu.

Mathews memberitahu polis, anaknya didenda kerana tidak minum susu dan dia cuma meninggalkan anaknya itu kira-kira 15 minit sahaja pada jam 3 pagi.

Bagaimanapun setelah mendapati anaknya hilang dia kembali ke rumah untuk membasuh pakaian dan cuma menghubungi polis jam pagi iaitu lima jam selepas kejadian.

Menurut Sarjan Kevin Perlich bapa angkatnya tidak mencari pada awalnya kerana menyangka Sherin akan pulang sendiri.

Sherin yang diambil dari sebuah dari rumah anak yatim di India bagaimanapun tidak muncul dan menyebabkan Mathews menghubungi polis.

Bapa angkat Sherin, Wesley Mathews

Sehubungan itu, Mathews ditahan polis kerana disyaki menyebabkan kanak-kanak itu berhadapan dengan bahaya.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan punca kematian Sherin.

Bagaimanapun polis tidak menahan ibu angkat kanak-kanak itu dan empat lagi anaknya yang lain diletakkan di pusat jagaan sementara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast