Kuala Lumpur- Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) akan menutup lorong perlahan dan kecemasan di KM18.05 hingga KM20.5 di antara Bandar Saujana Putra dan Putrajaya di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) a jam 10:00 malam pada 23 Oktober (Isnin) hingga 29 Oktober akan datang.
Dalam kenyataannya, PLUS berkata, ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan di lokasi terbabit.
“PLUS menjangkakan sedikit gangguan trafik akan berlaku sepanjang tempoh tersebut di laluan-laluan yang terbabit.
“Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS,” katanya. – MalaysiaGazette