Home Dunia Perancis kekurangan bekalan mentega

Perancis kekurangan bekalan mentega

PERANCIS – Pasar-pasar raya di Perancis mengalami kekurangan mentega kerana populariti produk tenusu dan pastri di luar negara.

Bekalan susu dari Eropah paling teruk berlaku di Brittany dan Normandy.

Media The Local melaporkan, beberapa kedai di Perancis terpaksa menampal notis bagi memaklumkan kekurangan bahan mentah – yang dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini.

Perancis juga dijangka mengalami kekurangan crossant (roti berbentuk anak bulan).

Harga mentega melonjak 60 peratus setahun, mencecah 6.70 euro (5.97 pound) sekilogram pada bulan Ogos.

Peningkatan ini telah menimbulkan masalah untuk pengeksport pastri di Perancis dan ketakutan kekurangan makanan menjelang Krismas seperti hidangan pencuci mulut tradisional, Yule.

Dominique Charge, ketua koperasi produk tenusu negara memberitahu, permintaan mentega melonjak dengan ketara di China dan Timur Tengah.

Claude Margerin Francois, yang menjalankan perniagaan pastri di Perancis memberitahu, dia tidak dapat memenuhi pesanan dari Lebanon, China dan Vietnam kerana kekurangan mentega.

“Saya mencari mentega di mana-mana,” katanya.

Ancaman kekurangan mentega telah dilaporkan sejak musim panas, apabila harga dijangka meningkat dengan ketara.

Matthieu Labbe dari, badan industri pembakar Perancis sebelum ini berkata, pada bulan April lalu, pihaknya membayar 2,500 euro (2,200 pound) untuk satu tan. Kini ia meningkat kepada 5,300 pound (4,700 poun).

“Pengguna perlu membayar lebih. Paling tidak, kita mungkin tidak lagi boleh mendapatkan mentega,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast