Tertuduh membuat pengakuan itu setelah kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

MUAR – Seorang remaja wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di Sungai Abong, Muar, Johor.

Tertuduh juvana berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu hanya mengangguk kepala selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, namun tiada pengakuan direkodkan.

Remaja terbabit didakwa membunuh suaminya yang berusia 28 tahun pada 14 Oktober 2017 di sebuah rumah di Jalan Indah, Taman Permata Indah, Sungai Abong kira-kira 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Amalina Basirah menetapkan 23 November 2017 bagi sebutan semula kes bagi menunggu laporan psikiatri.

Mahkamah mengarahkan remaja itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Baharu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. – MalaysiaGazette