SPRM

KUALA LUMPUR – Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dilapor diserbu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berikutan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah pada Sabtu lepas hingga meragut 11 nyawa pekerja warga asing yang tertimbus dalam insiden tersebut.

Sebuah laman portal berbahasa Cina melaporkan, tidak diketahui berapa ramai pegawai terbabit dalam serbuan berkenaan namun beberapa dokumen berkaitan dirampas bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lalu, ke semua mangsa maut akibat tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Ketika kejadian, mangsa sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang dalam pembinaan itu. Tiga daripada ialah warga Myanmar, 4 rakyat Bangladesh, 2 warga Indonesia dan masing-masing seorang rakyat Pakistan dan Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast