KUALA PILAH – Sebuah stor perabot lama termasuk fail dan buku lama di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kuala Pilah, Jalan Burhanudin di sini, terbakar pagi ini.

Sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada pukul 4.20 pagi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.16 pagi.

Katanya, ketika pasukan bomba sampai di lokasi kejadian mendapati stor di sekolah berkenaan telah terbakar.

“Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain. Anggaran kebakaran 10 peratus daripada keseluruhan bangunan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast