KUALA LUMPUR – Sekumpulan penyokong pembangkang mengadakan demonstrasi menuntut penurunan harga minyak di luar pagar Parlimen sempena pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri.

Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan dan hanya disertai tidak sampai 20 orang disepanjang jalan masuk ke Parlimen.

Mereka memakai baju kuning sambil mengangkat plakad ‘bantah harga minyak’, ‘jangan tindas rakyat’ dan ‘turunkan harga minyak’ sambil melaungkan beberapa slogan termasuk menggesa agar kerajaan menangkap taikun, Jho Low.

Jurucakap himpunan tersebut, Daiz Fadzil memberitahu, himpunan tersebut dibuat sempena perbelanjaan yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Razak.- MalaysiaGazette