KUALA LUMPUR – Semua bangunan pejabat baru diwajibkan menyediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu bagi mencapai kualiti kerja dan kehidupan keluarga yang seimbang.

Ketika mengumumkan pembentangan Bajet 2018, Datuk Seri Najib Razak berkata, potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluaskan kepada majikan yang menggaji pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit kritikal yang disahkan oleh Perkeso. – MalaysiaGazette