WASHINGTON – Nota rahsia mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) mengenai program ‘Operasi Mongoose’ Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan dengan panjang lebar bahawa Amerika Syarikar (AS) secara diam-diam bersedia menyingkirkan Fidel Castro daripada kerajaan Cuba.

File 1962 yang didedahkan Khamis lalu merupakan sebahagian daripada perkara yang tersembunyi daripada dokumen sulit mengenai pembunuhan John F. Kennedy sebelum ini menyatakan NSC menimbang rancangan ‘menyerang dan mengganggu kakitangan Soviet di Cuba’.

Bagaimanapun, dokumen tersebut tidak menyediakan mahlumat terperinci terhadap rancangan tersebut, lapor RT.

Ahli majlis tersebut juga berhujah untuk menyerang hasil tanaman negara pulau itu dengan ‘pengenalan agen biologi yang kelihatan nuetral’ – idea yang disokong Penasihat NSA ketika itu, McGeorge Bundy.

“Encik Bundy berkata bahawa dia tidak bimbang mengenai sebarang sabotaj seperti itu yang jelas kelihatan daripada ketidaksenangan warga tempatan Cuba atau bencana alam semulajadi, tetapi kita perlu elak aktiviti-aktiviti luaran seperti melepaskan kimia dan sebagainya, kecuali ia boleh dilindungi sepenuhnya,” kata dokumen itu.

Cadangan lain temasuk melibatkan pengedaran letupan untuk darurat diisytiharkan di Cuba, menggunakan belon untuk menjatuhkan risalah di negara itu, menggunakan kapal selam bagi menyiarkan mesej radio anti kerajaan dan ‘operasi pemalsuan’.

NSC juga menimbang kemungkinan menyusup ke dalam saluran radio dan televisyen Cuba dan mendapatkan nasihat daripada ahli majlis itu dan bekas wartawan penyiaran AS, Edward R. Murrow bagi meutuskan perkara itu.

“Encik Murrow menerangkan kesan yang mungkin diambil Cuba terhadap stesen radio AS dan berkata dia berpendapat untuk mengimbanginya, adalah tidak menguntungkan untuk membuat provokasi melalui perang elektronik ini,” menurut minit mesyuarat itu.

Banyak teori konspirasi sejak Kennedy ditembak ketika menaiki limosin di Dallas pada November 1963.

Laporan Suruhanjaya Warren pada September 1962 berkata, Lee Harvey Oswald telah melepaskan tembakan dari sebuah bangunan.

Oswald kemudiannya dibunuh Jack Ruby yang merupakan pemilik kelab malam tempatan ketika berada dalam tahanan polis Dallas.

AS mendedahkan kandungan 2,800 fail sulit mengenai pembunuhan Kennedy Khamis lalu, dengan Presiden Donald Trump berkata, orang awam layak ‘mendapat maklumat penuh mengenai semua aspek kejadian tersebut’.

Selepas CIA dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melobi, beberapa dokumen tidak didedahkan. Kini fail tersebut akan dikaji semula untuk tempoh enam bulan. Tarikh baharu, April 2018 ditetapkan untuk mendedahkan kandungan fail terbabit. – Agensi