Dr. Zakir Naik

NEW DELHI – Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) menuduh Dr Zakir Naik menghasut golongan muda bertindak ganas dengan menyertai kumpulan militan Daesh.

Tuduhan itu menunjukkan bahawa penentangan terhadap pendakwah terkenal antarabangsa di negara itu masih berterusan sehingga ke hari ini.

Laman portal The Times of India (TOI) melaporkan, NIA mengemukakan pendakwaan mengatakan Zakir Naik sengaja menghina kepercayaan Hindu, Kristian, dan aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi.

NIA turut menuduh ucapan Zakir adalah untuk merekrut anak muda menyokong perjuangan Daesh.

“IRF (Yayasan Penyelidikam Islam) yang diketuai Zakir, serta Harmony Media digunakan untuk mengedarkan ucapan-ucapan itu dalam bentuk cakera padat, cakera video digital dan program TV,” kata NIA dalam dokumen yang dikemukakan di mahkamah berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan itu juga, Zakir turut didakwa menyampaikan 1,500 ceramah terbuka dan ucapan di India dan negara luar sejak 1994.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri (MEA) India dalam proses membatalkan pasport pendakwah antarabangsa itu.

Ia susulan kerajaan India menuduh Zakir Naik melakukan pengubahan wang dan mempromosikan ideologi ekstremis.

Bagaimanapun Zakir pernah berkata, tindakan kerajaan India bukan saja satu serangan ke atas dirinya, tetapi juga serangan terhadap India Muslim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast