SEOUL – Samsung Electronics Co Ltd. menamakan tiga pemimpin generasi baharu bagi menerajui tiga perniagaan utamanya hari ini selepas Jay Y. Lee didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk rasuah.

Firma teknologi Korea Selatan itu mengumumkan Ketua Pegawai Kewangannya, Lee Sang-hoon yang dicadangkan sebagai Pengerusi baharu manakala Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, J.K Shin dan Yoon Boo-keun akan meletakkan jawatan.

Kim Ki-nam, 59, telah dilantik untuk mengetuai jabatan Penyelesaian Peralatan yang membuat komponen termasuk cip memori manakala Koh Dong-jin, 56, akan mengetuai jabatan IT dan Komunikasi Mudah Alih dan Kim Hyun-suk,56, pula mengetuai Elektronik Pelanggan, kata Samsung dalam satu kenyataan.

Kesemua perubahan tersebut berkuatkuasa serta-merta.- MalaysiaGazette